Lokasi : Kedai Mamak Bahau Negeri
Sembilan
Tarikh : 7/4/2012
Waktu : 9.24am
Situasi 1 : Saat perkara ini dirakamkan oleh kaca mataku ini
aku sedang menikmati sarapan pagi ketika perjalanan pulang ke kampung halaman. Setelah
semalaman berada di dalam bas, aku keletihan dan kelaparan ketika sampai di
Bahau Negeri Sembilan. Ketika berada di kedai mamak tersebut ada sesuatu yang
menarik perhatianku di meja hadapan bertentangan dengan meja yang aku duduk.
Terdapat dua beranak yang duduk di meja hadapanku iaitu seorang anak lelaki dlm
lewat 30-an dan juga bapanya yang dalam lingkungan umur 60-an barangkali, dan
apa yang menarik perhatianku bukanlah status mereka sebagai anak-beranak,
tetapi adalah pekara yang mereka bicarakan. Niat di hati bukanlah ingin mencuri
dengar tetapi sekadar melayan halwa telingaku ini. Dari apa yang aku amati dan
dengar, aku mendapati si Bapa yang berusia lewat 60-an itu mempunyai kebolehan
untuk melihat,memuja dan mencari barang yang hilang, dan si anak seolah olah
megah dengan kebolehan bapanya. Pekara ini dapat aku pastikan apabila terdengar
perbualan telefon antara anak dengan mangsa barang hilang tersebut. Apa yang
bermain di fikiranku adalah adakah pemujaan itu sah di sisi agama?. Adakah ianya
tidak syirik?. Moga-moga ianya tidak seperti yang aku fikirkan. Pekara ini
sebenarnya telah di amalkan oleh orang melayu sejak dari zaman dahulu lagi, dan
ianya sukar untuk dihakis kerana masih ramai yang mempercayai perkara-perkara
sebegini, namun aku juga tidak nafikan bahawa sudah berlakunya penurunan
terhadap kepercayaan lama ini dalam zaman yang semakin maju kini. Mungkin niat
itu kadang-kadang baik dan mahu membantu orang lain tetapi ianya mestilah tidak
bercanggah dengan apa yang di ajar dalam islam kerana matlamat tidak
menghalalkan cara. Dalam setiap perkara yang kita lakukan mestilah berpandukan
agama dan meminta pertolongan dari Allah yang telah mencipta kita kerana Dia
maha berkuasa dari segala-galanya.
Situasi 2 : Situasi kedua ini juga dirakamkan didalam kedai
yang sama setelah anak-beranak di meja hadapanku beredar. Lensa mataku ini mula
beralih arah ke arah meja yang berada di tengah dimana terdapat pasangan suami
isteri yang mungkin umurnya dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun. Pada mulanya aku
melihat semuanya normal dan tiada apa-apa yang menarik. Namun apabila
diperhatikan betul-betul aku mendapati si suami atau dengan panggilan yang
selesa "pak cik" itu sebenarnya dalam keadaan yang agak menyedihkan.
Badan dan lengan penuh dengan luka-luka seperti penyakit kulit tambahan pula
dengan hanya berkaki ayam. Bayangkan bagaimana perasaan anda melihat keadaan
pak cik itu, yang pastinya ianya telah menyentuh hatiku dan aku hanya mampu
berdoa dalam hati kepada allah yang maha berkuasa supaya diringankan beban pak
cik itu. Setelah pasangan itu selesai makan, mereka pn mula ingin beredar dan
keadaaan pakcik tersebut sekali lagi menyentuh perasaanku, allahhuakbar...
betapa sedihnya aku melihat pak cik tersebut berjalan ibarat menahan seksa
apabila terpaksa memegang dinding kedai untuk berjalan ke luar, langkah demi
langkah dia berjalan dan akhirnya dipimpin oleh isterinya yang tercinta.
Kesabaran si isteri harus dipuji kerana mampu bersabar dengan karenah dan
keadaan suami yang sedemikian rupa, dia mampu bersabar dan menjaga suaminya
hingga usianya sama-sama semakin senja, dan itulah sebenarnya cinta sejati dan
hakiki dan layak untuk kita contohi.
Akhir kata : Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah
kepada si anak dan si bapa sebelum di panggil menghadap Illahi dan semoga Allah
meringankan segala beban serta derita yang ditanggung oleh si suami dan si
isteri, ianya peringatan terhadap diriku sendiri yang juga seorang hamba yang
sering berdosa dan hina dihadapan-Nya. Sekian wassalam.
singgah. :) nak bc sparuh je sbb xde paragraph. huhu
ReplyDeletemmg saje bia xd paragraph..bia nmpk pnjang..hahaha
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut berbicara, ada hati nilaikan semua... :)
ReplyDeleteyup..dats rite..huhu
Deletesemoga mereka kembali berpaksi kepada Yg Maha Esa (^^,)
ReplyDeletejemput ke dearyimannies.blogspot.com
insyaallah..thanx sudi singgah.. (^_^)
Deletedunia kan... mcm2 ragam... tp kite kne ingt Allah sentiase ade dan mlihat ape yg kite bt...
ReplyDelete