CINTA (menurut pandanganku)
Yang
jelas dan pasti, cinta kurniaan illahi adalah cinta yang membawa ke arah
kebaikkan, kedamaian, ketenangan dan bukannya ke arah kehancuran dan
kemaksiatan. Cinta juga mestilah berasaskan akal fikiran yang waras serta
mengikut syari’at agama jika syurga yang kita idamkan . Berhati-hatilah dalam
bercinta kerna ia boleh melukakan, berhati-hatilah dalam bercinta kerna ianya
boleh menjadi bisa yang pastinya
menyeksa jiwa dan raga. Cintailah tuhan yang maha Pencipta, cintailah Rasul
pembimbing kita, cintailah ibu dan bapa kita dan seterusnya barulah kita cintai
insan yang ingin kita miliki, kerna yang hakiki itu pasti lebih indah ibarat
syurga dan ianya pasti jauh lebih damai dan menenangkan. Hanya kepada-Nya
tempat kita meminta-minta dan berdoa, dan hanya pada-Nya jualah tempat kita
memohon cinta yang hakiki dan diberkati, akhir kata, cintailah seseorang itu kerana
agama, agar ianya kekal dan abadi sampai ke syurga kelak, amin amin ya rabbal
alamin.
<faizmohamad>
March
2012
No comments:
Post a Comment