Seperti yang kita semua tahu setiap manusia mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza beza, bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Bagi saya universiti ini adalah tempat untuk kita belajar dan menimba ilmu, bukan sahaja ilmu akademik malah ilmu untuk kehidupan yang bisa digunakan apabila menempuh alam selepas universiti kelak oleh itu ianya bersesuaian jika saya katakan yang universiti ini adalah platform dan medium yang sesuai untuk para pelajar belajar cara berinteraksi sesama sendiri dan juga berdikari kerana berjauhan dari keluarga dan di sinilah jugalah kami atau mereka belajar erti susah senang kehidupan. Di universiti ini kita akan jumpa pelbagai ragam manusia yang berbeza beza sama ada baik akhlaknya mahupun sebaliknya, dalam keadaan inilah insan yang bergelar mahasiswa perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian kerana jika tersalah langakah pasti akan mengundang padah pada diri sendiri dan merugikan. Namun setiap kesilapan sebenarnya merupakan pengalaman yang berharga yang tidak bisa dibeli dengan wang ringgit kerana ianya boleh dijadikan sempadan dan pengajaran dalam meniti arus kehidupan yang semakin deras dan berbahaya kini. Sebagai seorang mahasiswa kita juga perlulah bijak menyesuaikan diri dengan apa jua keaadaan dan hargailah sisa-sisa masa semasa menuntut di universiti kerana dalam tempoh 3 hingga 4 tahun inilah yang akan membantu kita dalam mencorak dan membentuk masa depan kita kelak..kerana itulah universiti sangat bermakna dalam kehidupan..akhir kata "universiti ku kebanggaan ku" sekian wassalam..
<FaizMohamad>
(universiti utara malaysia)
No comments:
Post a Comment