Sunday, 25 March 2012

CINTA (menurut pandanganku)


video

Cinta adalah kurniaan illahi, merupakan fitrah kejadian manusia untuk saling kasih dan mengasihi, dan apa yang ingin diperkatakan adalah cinta sesama manusia terutama untuk yang berlainan jantinanya. Bagi aku, cinta adalah sesuatu yang diluar batasan pemikiran manusia dan sesuatu yang mampu merubah segalanya meskipun tembok besar cina menjadi hantarannya. Namun sering kita lupa dan alpa dengan kurniaannya itu,sama ada kita sedar atau pun tidak, jadi tidak hairanlah mengapa begitu banyak gejala sosial yang semakin berleluasa sekarang ibarat petanda pengakhiran zaman manusia, kerna apa?. Kerna  manusia seringkali gagal mentafsir apakah itu cinta yang sebenarnya, adakah ianya cinta atas dasar nafsu semata-mata atau atas dorongan syaitan durjana. Syaitan durjana memang telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia hingga ke akhir zaman dan dengan cinta inilah syaitan mengambil kesempatan untuk memanipulasi cinta ke arah nafsu syahwat semata- mata.
Yang jelas dan pasti, cinta kurniaan illahi adalah cinta yang membawa ke arah kebaikkan, kedamaian, ketenangan dan bukannya ke arah kehancuran dan kemaksiatan. Cinta juga mestilah berasaskan akal fikiran yang waras serta mengikut syari’at agama jika syurga yang kita idamkan . Berhati-hatilah dalam bercinta kerna ia boleh melukakan, berhati-hatilah dalam bercinta kerna ianya boleh  menjadi bisa yang pastinya menyeksa jiwa dan raga. Cintailah tuhan yang maha Pencipta, cintailah Rasul pembimbing kita, cintailah ibu dan bapa kita dan seterusnya barulah kita cintai insan yang ingin kita miliki, kerna yang hakiki itu pasti lebih indah ibarat syurga dan ianya pasti jauh lebih damai dan menenangkan. Hanya kepada-Nya tempat kita meminta-minta dan berdoa, dan hanya pada-Nya jualah tempat kita memohon cinta yang hakiki dan diberkati, akhir kata, cintailah seseorang itu kerana agama, agar ianya kekal dan abadi sampai ke syurga kelak, amin amin ya rabbal alamin.

<faizmohamad>
March 2012

Tuesday, 20 March 2012


CINTA LARA

Berlinangan air mataku..

Melihat dirimu di samping dirinya..

Hatiku tersiksa tiada siapa yang tahu..

Bagaikan bisa tiada penawarnya..

Tidak terdaya menahan siksanya..

Hanya tuhan tempatku mengadu..



Andai ini takdirnya...

Ku harap kau gembira sentiasa..

Meskipun aku yang tersiksa..

Hanya yang mampu ku pinta..

Belajarlah untuk setia..

Demi insan yang kau cinta..


<faizmohamad>

Wednesday, 7 March 2012

~Ibu & Ayah~






Dewasa ini kita sering lupa..
Lupa kepada dua orang insan..
Insan yang telah membesarkan kita dari kecil hingga dewasa...
Insan yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah..
Untuk mendewasakan kita..
Tiada sekali pun mereka mengeluh..
Tiada sekali pun mereka mengaduh..

Tapi apakah balasan kita terhadap mereka..
Jarang sekali rasanya kita ucapkan sayang pada mereka..
Kerna apa??
Meskipun hati ini sayang..
Meskipun hati ini tidak sanggup kehilangan mereka...
Namun perkataan sayang itu masih tidak mampu dituturkan oleh lidah ini..


Apakah lidah ini kelu untuk mereka?..
Kelu untuk insan yang membesarkan kita??
hanya mampu berbisik di hati..
“ya...Aku sayang ibu dan ayahku”..
Nah...adakah itu sahaja yang mampu kita lakukan??..
Adakah hanya dalam hati sahaja yang kita terdaya??

Pernahkah kita terfikir..
Apa yang mereka harapkan sebenarnya bukanlah balasan kemewahan dari kita..
Bukanlah wang ringgit menjadi hantarannya...
Tapi bagi mereka sudah cukup kiranya anak mereka mampu Berjaya dalam hidup..
Mampu hidup setelah mereka tiada..

Harus kita ingat..
Janganlah kita sombong dan bangga dengan kejayaan dunia yang kita miliki...
Kerna semua itu hasil didikkan mereka jua...
Kejayaan itu seharusnya disertakan dengan kasih sayang terhadap mereka...
Kerana tanpa mereka siapalah kita pada hari ini..
Dan kerana merekalah syurga kita...

<faizmohamad>






(sumber inspirasi)







Tuesday, 6 March 2012

makna universiti dalam kehidupan~~

           Assalamualaikum dan salam sejahtera...topik pertama yang hendak dikupas buat pertama kali dalam blog ini adalah makna universiti dalam kehidupan kita.
           Seperti yang kita semua tahu setiap manusia mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza beza, bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Bagi saya universiti ini adalah tempat untuk kita belajar dan menimba ilmu, bukan sahaja ilmu akademik malah ilmu untuk kehidupan yang bisa digunakan apabila menempuh alam selepas universiti kelak oleh itu ianya bersesuaian jika saya katakan yang universiti ini adalah platform dan medium yang sesuai untuk para pelajar belajar cara berinteraksi sesama sendiri dan juga berdikari kerana berjauhan dari keluarga dan di sinilah jugalah kami atau mereka belajar erti susah senang kehidupan. Di universiti ini kita akan jumpa pelbagai ragam manusia yang berbeza beza sama ada baik akhlaknya mahupun sebaliknya, dalam keadaan inilah insan yang bergelar mahasiswa perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian kerana jika tersalah langakah pasti akan mengundang padah pada diri sendiri dan merugikan. Namun setiap kesilapan sebenarnya merupakan pengalaman yang berharga yang tidak bisa dibeli dengan wang ringgit kerana ianya boleh dijadikan sempadan dan pengajaran dalam meniti arus kehidupan yang semakin deras dan berbahaya kini. Sebagai seorang mahasiswa kita juga perlulah bijak menyesuaikan diri dengan apa jua keaadaan dan hargailah sisa-sisa masa semasa menuntut di universiti kerana dalam tempoh 3 hingga 4 tahun inilah yang akan membantu kita dalam mencorak dan membentuk masa depan kita kelak..kerana itulah universiti sangat bermakna dalam kehidupan..akhir kata "universiti ku kebanggaan ku" sekian wassalam..


<FaizMohamad>


(universiti utara malaysia)